2025-12-03 HaiPress

Kereta terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan,Sungai Petani,Kedah
SUNGAI PETANI,2 Disember - Seorang tukang masak maut,manakala rakannya terselamat selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan,Kedah,awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda,ACP Hanyan Ramlan berkata,pejabat pertanyaan trafik IPD Kuala Muda menerima panggilan telefon daripada orang awam,memaklumkan satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas ke dalam sungai pada pukul 12.55 pagi.
Siasatan awal mendapati,kereta dipandu mangsa,Loo Eng Huat,34 tahun bersama rakannya,Ooi Jing Huang yang juga tukang masak berusia 30 tahun dari arah Riverfront Sungai Petani menghala ke Taman Intan.
Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi dan terjatuh ke dalam sungai.
Rakannya sempat menyelamatkan diri,manakala mangsa gagal berbuat demikian.
Mayat mangsa ditemukan bersama kenderaan oleh bomba dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur