2025-12-03 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,2 Disember – Golongan pesawah yang terjejas akibat bencana banjir dan layak menerima perlindungan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) disaran supaya segera mendaftar.
Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank,Syed Hairul Anuar Syed Fadzil berkata langkah tersebut penting bagi memudahkan penyelarasan bantuan serta memastikan mereka menerima manfaat daripada skim berkenaan.
Jelasnya,sejumlah 70,000 pesawah disasar mendaftar di bawah STTP yang mula diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2024.
Bagaimanapun,setakat ini masih terdapat segelintir pesawah yang belum tampil mendaftar,sekali gus berisiko menangguhkan proses penyaluran bantuan sekiranya mereka terlibat dalam sebarang bencana alam.
“Skim ini disediakan oleh pihak kerajaan dan prosesnya perlu dilakukan melalui saluran pendaftaran yang betul. Jadi mereka yang tergolong dalam kumpulan penanam padi perlu mendaftar supaya kami dapat menyelaraskan bantuan yang akan disalurkan dengan pengesahan daripada pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) masing-masing.
“Oleh itu,saya menyarankan agar semua pesawah terlibat hadir ke PPK masing-masing,membuka akaun Agrobank dan mendaftar,” katanya selepas Majlis Perasmian Minggu Kelestarian 2025.
STTP menyediakan bantuan kewangan kepada pesawah berdaftar di bawah Skim Baja Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang mengalami kerosakan atau kehilangan kekal tanaman padi akibat bencana alam,serangan perosak atau penyakit.
Skim itu menawarkan perlindungan kewangan sehingga RM3,000 bagi setiap pesawah tertakluk kepada terma dan syarat.
Sementara itu,mengulas mengenai penganjuran Minggu Kelestarian 2025,beliau berkata program selama lima hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran,pemahaman dan tindakan warga Agrobank terhadap isu kemampanan serta perubahan iklim.
Pelbagai aktiviti bakal dianjurkan termasuk seminar,bengkel,sesi panel dan perkongsian pakar daripada pelbagai industri seperti Pertanian Lestari,Solar dan Kenderaan Elektrik.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur