2025-12-08 HaiPress

Campuran turapan inovatif direka khusus untuk menahan hujan ekstrem,banjir dan suhu tinggi / Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Disember - Pelaksanaan spesifikasi teknikal turapan jalan yang baharu serta tahan iklim,menjadi asas memperkukuh kualiti infrastruktur jalan raya negara,selaras cabaran perubahan cuaca.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,ini termasuk penggunaan bitumen berprestasi tinggi serta campuran turapan inovatif yang direka khusus untuk menahan hujan ekstrem,banjir dan suhu tinggi.
"JKR telah mengaplikasikan penggunaan pelbagai bahan turapan inovasi yang menggunakan bahan kitar semula dan lestari untuk meningkatkan mutu serta daya tahan turapan jalan raya di Malaysia sejak tahun 2018.
"Ini adalah sesuai dengan suasana ketidaktentuan iklim pada masa kini,selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu berkaitan infrastruktur yang lestari,"katanya di Dewan Negara ketika menjawab soalan yang dikemukakan Senator Michael Mujah Lihan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur