2025-12-08 HaiPress

Vaksin Influenza percuma untuk warga emas dengan penyakit kronik merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu mengurangkan bebanan keluarga B40 / BERNAMA
MELAKA,8 Disember - Pemberian vaksinasi influenza hanya diberi secara percuma kepada golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik.
Jelas Exco Kesihatan,Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Datuk Ngwe Hee Sem,warga emas yang menghidap diabetes,sakit jantung,hipertensi dan lain-lain lebih berisiko mengalami komplikasi serius,kemasukan ke hospital atau kematian akibat jangkitan influenza.
“Selain itu,ubat antiviral seperti Tamilflu juga dibekalkan kepada pesakit yang memerlukan dan boleh didapati di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) seperti hospital dan klinik kesihatan.
“Bagaimanapun,ubat ini adalah ubat terkawal dan bukan untuk semua pesakit kerana 80 hingga 90 peratus kes influenza adalah ringan dan boleh sembuh dengan sendiri dengan pengambilan ubat ini memerlukan preskripsi doktor untuk memastikan penggunaan yang rasional serta mengelakkan kerintangan antiviral,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri hari ini.
Datuk Ngwe menjawab soalan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan bebanan keluarga B40 mendapatkan rawatan berkaitan influenza.
Sementara itu,beliau berkata cadangan untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama klinik swasta dilihat sebagai satu opsyen yang wajar untuk dipertimbang bagi mempertingkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan menyeluruh.
Bagaimanapun program kolaborasi berkenaan perlu diteliti dan dimuktamadkan sebagai dasar atau polisi rasmi di peringkat KKM.
“Untuk makluman,polisi utama KKM berhubung pengurusan influenza adalah fokus kepada saringan,rawatan dan vaksinasi.
“Semua perkhidmatan kritikal ini,termasuk saringan klinikal,rawatan ubat antiviral dan vaksinasi bagi kumpulan sasaran KKM boleh diakses sepenuhnya di fasiliti kesihatan kerajaan,” katanya. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur