2025-12-08 HaiPress

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Pujut /foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Disember - Satu mesyuarat akan diadakan hari ini bagi meneliti permohonan menaikkan had muatan lori di Jalan Persekutuan,khususnya bagi jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang telah siap sepenuhnya dari Kuching ke Miri.
Mesyuarat itu melibatkan Kementerian Kerja Raya bersama Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah,berkata kajian terperinci perlu dibuat bagi memastikan peningkatan had muatan,termasuk cadangan sehingga 53 tan tidak memberi kesan negatif kepada jalan-jalan negeri.
"Pada masa ini,masih terdapat Jalan Persekutuan yang bukan sebahagian daripada Pan Borneo,dan kebanyakan jalan ini tergolong dalam kategori 3,dengan daya muatan antara 18 hingga 29 tan sahaja.
"Insya-Allah,dengan reka bentuk baharu,bukan sahaja jalan,tetapi jambatan juga telah dinaik taraf. Kita akan mengkaji perkara ini dan berbincang petang ini,termasuk berhubung dengan kerajaan negeri,bagi menilai kesan jika projek tidak diselaraskan. Sebagai contoh,jika tidak ditangani,berlaku ‘double handling’ untuk laluan jarak jauh dari Kuching ke Miri," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew sekiranya kerajaan bercadang menaikkan had berat muatan lori di Sarawak seiring dengan amalan di Semenanjung,memandangkan jalan dan jambatan di Sarawak direka mengikut standard dan spesifikasi sama digunakan di Semenanjung.
Menurut Datuk Hasbi,penggunaan low loader dan kenderaan khas lain tetap dibenarkan kerana kenderaan tersebut mempunyai konfigurasi gandar lebih banyak serta direka untuk membawa muatan berat tanpa merosakkan jalan.
Tambah beliau,Kerajaan Persekutuan akan terus berunding dengan Kerajaan Sarawak bagi meneliti impak keseluruhan sebelum keputusan dimuktamadkan.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur