2025-12-08 HaiPress

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup/Foto Jabatan Penerangan (JaPen)
KUALA LUMPUR,8 Disember– Program Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak 2.0 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencatatkan nilai jualan RM618 juta dengan melibatkan 6,461 peserta serta pengeluaran 242,340 metrik tan hasil pertanian sejak 2021 hingga Oktober lalu.
Timbalan Menterinya,Datuk Arthur Joseph Kurup,berkata program itu akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi Program Pengembangan Rangkaian Pemasaran Hasil Pertanian (AgriMatch).
Beliau berkata peruntukan tersebut bertujuan memastikan kebolehpasaran hasil agromakanan terus diperkukuh,seiring usaha kerajaan memperluas akses pasaran dan meningkatkan daya saing usahawan pertanian.
“Di bawah RMK13,LPP akan meneruskan model perniagaan pertanian baharu berasaskan replikasi projek berjaya melalui pengurusan berkelompok,di mana usahawan ikon membimbing protege muda untuk menggandakan projek agromakanan dalam pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran.
"Antaranya ialah Program AgriPRENTICE 2.0 yang merupakan geran penuh dengan nilai maksimum RM40,000 setiap peserta. Melalui Rolling Plan 1 Tahun 2026,peruntukan RM4 juta diluluskan untuk memberi manfaat kepada 100 usahawan peladang,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong di Dewan Negara hari ini.
Menurut Arthur,FAMA turut memperkukuh pemasaran dalam talian melalui platform Agrobazaar Online,yang merekodkan nilai jualan sebanyak RM17.9 juta sejak diperkenalkan pada 2014.
Beliau berkata kerjasama dengan platform seperti TikTok Shop dan Shopee juga memainkan peranan penting dalam membuka akses pasaran yang lebih luas kepada usahawan agromakanan di seluruh negara.
Beliau berkata pendekatan itu dirangka untuk membentuk model perniagaan pertanian moden yang lebih menarik dan menguntungkan bagi generasi muda sebagai peluang keusahawanan yang menguntungkan,bukan lagi pekerjaan tradisional.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur