2025-12-08 HaiPress

Dua dokumentari yang menerima pengiktirafan itu ialah “Syahadah: Laungan Azan Mulu” dan “Simfoni Alam – Bisikan Rimba Niah”
MIRI,8 Disember – Program dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus mengharumkan nama penyiar awam negara apabila menerima Anugerah Datuk Bandar Miri 2025 bagi kategori Media,Akhbar dan Pempengaruh Media Sosial pada majlis yang berlangsung di sini malam tadi.
Dua dokumentari yang menerima pengiktirafan itu ialah “Syahadah: Laungan Azan Mulu” dan “Simfoni Alam – Bisikan Rimba Niah”.
Kedua-dua dokumentari terbabit mengangkat kekayaan warisan budaya dan alam Sarawak serta memupuk kesedaran masyarakat merentasi pelbagai komuniti.
Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut,Adam Yii Siew Sang,dalam ucapannya berkata dokumentari RTM itu melayakkan diri menerima anugerah berprestij tersebut.
Karya RTM itu selari dengan identiti Miri sebagai bandar raya inklusif,kaya dengan budaya dan mementingkan pemuliharaan alam sekitar.
Produksi turut menyumbang nilai pendidikan dan budaya yang berkekalan kepada masyarakat setempat.
RTM sebagai penyiar awam tertua negara sejak 1946 terus komited memperkukuh peranan pendidikan,budaya dan perpaduan nasional menerusi platform siaran tradisional serta digital seperti RTMKLIK.
Sebanyak 46 pencalonan diterima bagi Anugerah Datuk Bandar Miri tahun ini,dan 22 penerima dipilih berdasarkan penilaian teliti mengikut 17 elemen Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur