2025-12-08 HaiPress

3 orang sukarelawan HALUAN berlepas ke Aceh bagi melaksanakan Misi Kemanusiaan Banjir Aceh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang/foto FB HALUAN Pulau Pinang
BAYAN LEPAS,8 Disember - Sukarelawan misi kemanusiaan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) berlepas ke Aceh,Indonesia bagi melaksanakan Misi Kemanusiaan Banjir Aceh.
Misi kumpulan pertama ini digerakkan bagi mendapatkan maklumat lapangan yang tepat bagi merancang penyaluran bantuan susulan kepada penduduk terjejas banjir.
Salah seorang ahli misi HALUAN,Mohd Fazlon Abdul Rahim,menjelaskan pasukan peninjau ini penting bagi memastikan bantuan susulan menepati keperluan mendesak di zon bencana.
“Untuk misi kali ini,ia adalah kumpulan pertama yang digerakkan. Fokus utama kami ialah mendapatkan dapatan lapangan,data dan maklumat bagi menggerakkan usaha kutipan sumbangan atau dana untuk pasukan-pasukan seterusnya. Jadi,dalam fasa pertama ini,kami ingin mendapatkan gambaran yang jelas tentang keperluan mendesak di sana,insya-Allah,” katanya.
Sementara itu,seorang lagi sukarelawan,Marwansyah Ismail,yang juga anak jati Aceh,menegaskan bahawa makanan adalah keutamaan asas penduduk terjejas banjir,memandangkan ada kawasan yang musnah sepenuhnya.
Beliau turut berkongsi tentang kemusnahan akibat banjir lumpur yang disifatkannya amat dahsyat.
"Pada hari pertama kejadian di Aceh Timur,kami terus membuat pemantauan. Pada mulanya keadaan kelihatan seperti banjir biasa,tetapi apabila menilai keadaan sebenar,kemusnahannya sangat dahsyat. Ini bukan banjir biasa,tetapi banjir lumpur.
"Kita lihat banyak kampung musnah,dan jumlah korban mengikut data kerajaan kini sekitar seribu orang,namun di lapangan biasanya angka itu lebih tinggi," jelasnya.
Melihat kemusnahan tersebut,HALUAN Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu dan merancang untuk menghantar beberapa pasukan susulan secara bergilir-gilir,termasuk pasukan perubatan,servis B-Care.
"Keadaannya memang sangat teruk,mereka kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas. Keutamaan sekarang ialah makanan,dan selepas itu barulah kita fikirkan bantuan lain.
"Kita harap dapat mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu mereka,dan kita menyeru rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang," katanya lagi.
Orang ramai diminta untuk terus menyalurkan sumbangan kepada tabung bencana HALUAN.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur