2025-12-08 HaiPress

Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,6 Disember – Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan,dipacu oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur menjangkakan Fed akan membuat pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang dijadualkan pada 9 dan 10 Disember.
“Tumpuan minggu depan akan terarah kepada mesyuarat FOMC,dan lebih penting,panduan dasarnya,terutama unjuran suku tahunan terkini mengenai pemboleh ubah makroekonomi,khususnya Kadar Dana Persekutuan dan unjuran inflasi,” katanya.
Awal minggu ini,ringgit mendatar pada Isnin sebelum mengukuh dari Selasa hingga Jumaat. Mata wang tempatan mencatat 4.11,iaitu paras tertinggi dalam tempoh empat tahun lima bulan pada Khamis.
Berasaskan perbandingan minggu ke minggu,ringgit mengukuh berbanding dolar AS,ditutup pada 4.1105/1140 daripada 4.1300/1350 yang dicatatkan minggu lalu.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama termasuk Yen Jepun,Euro dan Pound Britain.
Sebaliknya,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara rakan serantau ASEAN,antaranya rupiah Indonesia,dolar Singapura dan peso Filipina.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur