2025-12-08 HaiPress

Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,6 Disember – Prestasi Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh data pasaran ketika pelabur membuat persiapan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan berkata perhatian pasaran kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai hala tuju Rizab Persekutuan (Fed) pada awal 2026,walaupun terdapat jangkaan tinggi terhadap anggaran penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
“Ketidaktentuan ini berpunca daripada perbezaan pendapat antara anggota FOMC mengenai kadar faedah,sekali gus memberi implikasi penting terhadap jangkaan pasaran. Bagaimanapun,sentimen keseluruhan dijangka kekal sensitif terhadap faktor luaran termasuk data makro Amerika Syarikat dan sebarang perubahan dalam panduan masa depan Fed,” jelas beliau.
Tambah Mohd Sedek,secara keseluruhan unjuran untuk minggu depan menunjukkan persekitaran yang lebih taktikal,dipacu oleh peralihan sektor di Bursa Malaysia.
Pelabur dijangka kekal selektif,menumpukan perhatian kepada sektor-sektor yang mempunyai ketahanan,asas yang disokong oleh mata wang atau momentum keuntungan yang lebih jelas menjelang hujung tahun.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat,FBM KLCI meningkat 12.05 mata kepada 1,616.52 berbanding 1,604.47 mata minggu lepas.
Jumlah dagangan mingguan menurun kepada 18.86 bilion unit bernilai RM13.40 bilion,daripada 22.37 bilion unit bernilai RM17.23 bilion minggu lepas.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur