2025-12-08 HaiPress

Foto Institut Keusahawan Negara (INSKEN)
CYBERJAYA,6 Disember - Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN,Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata,program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu,selain menaik taraf kemahiran peserta dalam dunia keusahawan.
"INSKEN telah berjaya melatih dan meningkatkan keupayaan lebih 25,000 usahawan mikro dan kecil sehingga Oktober 2025.
"Program ini membantu usahawan naik taraf daripada mikro kepada kecil,memperkukuh aspek operasi,kewangan,pemasaran serta strategi perniagaan.
"Ia juga meningkatkan kemampuan usahawan dalam membuat keputusan berasaskan ilmu,selain menyusun perniagaan agar lebih teratur,profesional dan mampan," katanya dalam ucapan pada Majlis Graduan Program Bimbingan INSKEN 2025 dan Anugerah Usahawan MADANI INSKEN 2025 di sini.
Menurut beliau,kejayaan itu selari dengan fokus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan aspirasi Ekonomi MADANI dalam membentuk usahawan yang berdaya tahan,berdaya saing dan inklusif,termasuk dalam usaha membasmi kemiskinan,menyokong pembangunan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui peluang ekonomi yang lebih saksama.
Program pembangunan kapasiti itu melibatkan lebih 1,200 usahawan mikro,merangkumi 27 Program Bumiputera Business Coaching (IBBC),11 Program Mini Coaching,serta program SPACE-PPS dan PUSH.
Antara pencapaian utama program itu ialah kejayaan menaik taraf 59 usahawan daripada kategori mikro kepada kecil,selain peningkatan purata keuntungan sebanyak 15 peratus.
INSKEN turut merekodkan pulangan RM6.70 bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan,sekali gus menunjukkan impak tinggi pelaburan kerajaan dalam usaha memperkasa Perusahaan Mikro,Kecil & Sederhana (PMKS).
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur