2025-12-08 HaiPress

ST turut sokong dasar serta pelan PETRA teruskan program solar berskala besar / Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,Siti Safinah Salleh memaklumkan,fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga.
“Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi langkah penjimatan seperti audit tenaga,penggunaan peralatan cekap serta pemantauan berterusan bagi mengurangkan pembaziran,” katanya.
Dari aspek pembangunan tenaga boleh baharu pula,ST terus menyokong dasar serta pelan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),termasuk meneruskan program solar berskala besar.
Ini termasuk bidaan program Solar Berskala Besar (LSS) baharu,dengan 2,000 megawatt telah dianugerahkan untuk pembangunan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Dalam pada itu,proses bidaan bagi Program Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) pertama negara yang melibatkan 400 megawatt hampir selesai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur