2025-12-08 HaiPress

Pengukuhan ringgit didorong faktor domestik
KUALA LUMPUR,7 Disember - Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh,bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia,Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X,beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit sering diajukan kepadanya,dan berdasarkan pemerhatian,tiga pemacu utama menyumbang kepada prestasi ringgit yang positif.
Jelasnya,peningkatan ketara kedatangan pelancong telah merangsang permintaan sebenar terhadap ringgit,sementara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula meningkatkan pelaburan dalam negara selepas beberapa tahun memperluaskan portfolio ke luar negara.
“KWSP merupakan antara pelabur terbesar Malaysia di luar negara. Namun dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini,ia beralih semula kepada pelaburan domestik. Peruntukan pelaburan asingnya juga dihadkan pada 40 peratus daripada jumlah aset di bawah pengurusan (AUM),dan ketika ini sudah berada di paras 39 peratus,” katanya.
Keadaan itu katanya,mengurangkan tekanan untuk KWSP menyalurkan lebih banyak modal ke luar negara,seterusnya menyokong aliran masuk dana dalam negara dan mengukuhkan ringgit.
Selain itu,Dr Apurva berkata,pelabur asing turut meningkatkan pegangan dalam sekuriti Malaysia,terutama bon,yang memerlukan mereka menjual USD untuk membeli aset berdenominasi ringgit.
Tambahnya,penyusutan dolar AS mempengaruhi semua mata wang global,namun prestasi ringgit yang lebih kukuh berbanding rakan serantau menunjukkan wujudnya faktor domestik yang signifikan.
“Penyusutan USD memberi kesan kepada semua mata wang. Namun ringgit mengukuh paling ketara. Jadi,jelas terdapat faktor dalaman yang perlu diberi perhatian,ia tidak bergantung sepenuhnya kepada penyusutan USD,” tambahnya.
Mengenai sama ada ringgit mampu mengekalkan momentum pengukuhan semasa,ujarnya ia bergantung kepada kesinambungan reformasi,kejelasan dasar serta keyakinan pelabur.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur