2025-12-08 HaiPress

Tiga sektor utama catat aliran masuk asing / Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Disember - Pelabur asing kembali semula sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia,menerusi aliran masuk bersih berjumlah RM11.6 juta minggu lepas,sekali gus mengakhiri jualan bersih dua minggu berturut-turut.
Menurut MBSB Investment Bank Berhad (MBSB IB),aliran masuk dana paling tinggi dicatatkan pada Selasa berjumlah RM155.7 juta,diikuti RM58.0 juta pada Isnin dan RM50.5 juta pada Rabu.
Manakala,Khamis dan Jumaat,masing-masing menyaksikan jualan bersih asing mencecah RM80.3 juta dan RM172.3 juta,menurut Laporan Aliran Dana oleh bank pelaburan itu bagi minggu berakhir 5 Disember 2025.
''Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing pada minggu lepas adalah perkhidmatan kewangan (RM532.0 juta),produk dan perkhidmatan industri (RM83.0 juta) serta telekomunikasi dan media (RM58.6 juta).
''Sebaliknya,tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing merangkumi utiliti (RM351.9 juta),penjagaan kesihatan (RM108.1 juta) dan teknologi (RM86.7 juta),'' katanya.
Sementara itu,bagi minggu kedua berturut-turut menyaksikan institusi tempatan mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM83.0 juta manakala peruncit tempatan beralih sebagai penjual bersih dengan aliran keluar RM94.6 juta.
Di peringkat serantau,pelabur asing turut mengakhiri jualan bersih asing selama empat minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk asing bersih berjumlah AS$1.45 bilion.
“Taiwan mendahului senarai aliran masuk dana disusuli Korea Selatan,Vietnam,Indonesia serta Thailand,hanya India dan Filipina menyaksikan aliran keluar.
''Taiwan meneruskan aliran masuk asing untuk minggu kedua berturut-turut berjumlah AS$1.28 bilion,'' jelasnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur