2025-12-08 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,8 Disember - Dagangan sulung BMS Holdings Bhd di Pasaran ACE Bursa Malaysia,dibuka lebih rendah pada 19.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 22 sen sesaham ketika disenaraikan hari ini.
Hampir 26 juta saham syarikat pengedar bahan binaan berpangkalan di Johor itu didagangkan setakat 9.03 pagi,menunjukkan minat pasaran yang kukuh disebalik harga pembukaan yang lebih rendah.
Ketua Pegawai Pemasarannya,Ang Wei Liang,berkata syarikat akan kekal memberi tumpuan kepada pelan strategik untuk mengembangkan rangkaian runcitnya di seluruh negara susulan penyenaraian itu.
“Apa yang penting ialah asas kukuh BMS,termasuk perniagaan berorientasikan runcit yang stabil disokong oleh aset ketara yang kukuh,aliran tunai sihat dan operasi yang mencatatkan keuntungan.
“Kami kekal optimis terhadap permintaan dalam pasaran pengubahsuaian dan kelengkapan rumah. Untuk tempoh akan datang keutamaan kami adalah untuk mencipta nilai mampan kepada pelabur dan rakan kongsi kami,” katanya.
Tambahnya,syarikat merancang untuk menambah lapan bilik pameran baharu,dengan sebahagian daripada akan beroperasi dan menyumbang kepada pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 2026.
IPO syarikat itu berjaya mengumpulkan dana sejumlah lebih RM80 juta melalui terbitan saham baharu.
Kira-kira 43 peratus daripada hasil IPO akan dibelanjakan untuk mengembangkan rangkaian jualan dan logistiknya,termasuk menubuhkan cawangan di Seremban,Selangor,dan Kuala Lumpur,serta sebuah hab pengedaran di Lembah Klang.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur