2025-12-11 HaiPress

Foto RTM
GUA MUSANG,11 Disember - Penduduk Orang Asli Kampung Brooke Lama yang diancam risiko banjir lumpur kekal berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pos Brooke,Gua Musang,Kelantan.
Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu,Mohd Faedyzal Mohamed berkata,sejak 29 November lalu,54 penduduk daripada 19 keluarga masih berada di PPS dan tidak dibenarkan pulang ke penempatan mereka.
Menurut beliau,pihak berwajib masih menjalankan siasatan dan melaksanakan kerja-kerja pengeringan takungan air semula jadi,yang dipercayai memberi risiko keselamatan kepada penduduk Orang Asli.
"Buat masa ini,Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih menjalankan penilaian terhadap kawasan yang berisiko. Sekiranya terdapat maklum balas positif,kemungkinan tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkaitan,” katanya.
Tambahnya,dari segi program JAKOA,pihaknya menyediakan bahan mentah kepada masyarakat orang Asli di Kampung Brooke Lama untuk keperluan memasak dan makanan harian,selain turut dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," jelas beliau.
Terdahulu,Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada penduduk berkenaan masalah takungan air semula jadi dan pembetung yang berlaku berhampiran Kampung Brooke Lama.
Katanya,tempoh PPS dibuka bergantung kepada keadaan cuaca semasa bagi membolehkan pihak terlibat melaksanakan kerja-kerja membersihkan takungan serta pembetung yang tersumbat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur