2025-12-11 HaiPress

Anthony berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru hari ini. / Foto RTM
JOHOR BAHRU,11 Disember - Penyempurnaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) menandakan pencapaian besar negara,sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Madani memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook berkata,usaha berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Johor,malah menyokong hala tuju pembangunan negara secara menyeluruh.
Projek berkenaan turut disasarkan menjadi pemangkin kepada era baharu pembangunan industri pengangkutan rel negara yang lebih moden,efisien dan mampan.
"Pembangunan ini dijangka memberikan impak besar melalui peluang pekerjaan tidak langsung dalam sektor perniagaan logistik,makanan,pengangkutan sampingan di kawasan sekitar stesen.
"Selain meningkatkan daya tarikan Johor Bahru sebagai hub logistik industri dan perkhidmatan terutama dengan kesalinghubungan dengan Singapura dan menyumbang kepada peningkatan nilai hub dana dikawasan sekitar stesen" kata Anthony Loke.
Beliau berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) di Stesen Kempas Baru,Johor Bahru,Johor.
PLBEJB meliputi jajaran 192 kilometer dengan 11 stesen moden,direka bentuk bagi meningkatkan kapasiti perjalanan,mempercepat operasi rel dan mengukuhkan hubungan ekonomi koridor Johor–Selatan.
Dengan pelancaran projek berkenaan,perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur menjadi lebih laju,selesa dan mudah diakses,sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab pengangkutan strategik serantau.
BERITA BERKAITAN
Perkhidmatan komuter laluan Kulai-Johor Bahru diperkenal bermula suku pertama 2026
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur