2025-12-11 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Disember - Malaysia melangkah ke era baharu keselamatan digital dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024.
Undang-undang ini memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan platform media sosial dan perkhidmatan digital mengekang penipuan siber,eksploitasi kanak-kanak,buli dalam talian dan penyebaran maklumat palsu.
Peguam bela dan Peguam cara Dr. Mahmud Jumaat berkata,walaupun masih terdapat ruang untuk ditambah baik,khususnya dari aspek penguatkuasaan konsisten dan tahap kesedaran masyarakat,evolusi perundangan digital negara ini meletakkan Malaysia di landasan betul.
"Kejayaan OnSA bergantung kepada kerjasama pelbagai pihak termasuk penyedia platform,kerajaan serta masyarakat yang bertanggungjawab memainkan peranan mereka
"Dalam dunia tanpa sempadan,keselamatan siber bukan lagi tugas satu pihak sahaja,tetapi usaha bersama untuk memastikan ruang digital Malaysia lebih selamat,beradab dan dipercayai," katanya.
Kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta turut dianggap penting. Syarikat global seperti Meta,Google,TikTok serta syarikat telekomunikasi dicadang untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pengawasan kandungan,penyekatan penipuan dalam talian dan perlindungan data pengguna.
Selain itu,insentif seperti geran dan pengecualian cukai untuk industri keselamatan siber tempatan diharap dapat menggalakkan inovasi teknologi buatan Malaysia.
OnSA 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu,menetapkan tiga tanggungjawab utama kepada penyedia platform media sosial iaitu memastikan keselamatan platform,melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan mengehadkan akses kepada kandungan berbahaya.
OnSA yang diwartakan pada 22 Mei lalu,dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur