2025-12-11 HaiPress

Muhamad Ikhsan Sukiman
KUALA LUMPUR,11 Disember - Drama 'This is Poji Reporting Live!' yang meraih kemenangan di 5th Southeast Asia Video Festival for Children (SEAVFC) 2025 digarap dari pengalaman hidup sendiri pengarahnya,Muhamad Ikhsan Sukiman.
Drama kanak-kanak 'This is Poji Reporting Live!' yang meraih kemenangan di 5th Southeast Asia Video Festival for Children (SEAVFC) 2025 digarap dari pengalaman sendiri pengarahnya,Muhamad Ikhsan Sukiman.
Muhamad Ikhsan berkata,drama itu menonjolkan penceritaan kuat,mesej kemanusian dan pendekatan kreatif yang dekat dunia kanak-kanak dan media penyiaran.
"Inspirasi saya datang daripada fenomena masyarakat sekarang,apabila sesuatu berlaku,ramai lebih memilih untuk merakam dan viralkan dahulu sebelum membantu,itu pun kalau mereka membantu. Jadi saya mahu memberi inspirasi kepada anak-anak muda dan orang di luar sana.
"Sekiranya berlaku apa-apa,gunakanlah platform media sosial untuk kebaikan. Jangan sekadar merakam atau memviralkan. Kenapa tidak gunakan platform itu untuk menolong?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis ringkas yang diadakan di Angkasapuri Kota Media.
Pada majlis sama Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman turut memaklumkan bahawa saluran radio Aifm turut menerima anugerah Kategori Best Radio Programme for Building Cultural Bridges dalam Anugerah AIBD International Media Awards 2024.
Penerbit AiFM Shu Leen berkata,program 'Good Morning,Friends!' merupakan program inovatif di AiFM,yang menggalakkan integrasi kaum di Malaysia melalui penggunaan bahasa Mandarin,Inggeris,dan Melayu.
"Program ini berjaya mengeratkan lagi persefahaman antara semua pihak,dan sambutan yang diterima juga sangat luar biasa," katanya.
Penglibatan tetamu dari pelbagai latar belakang etnik,membolehkan program itu mengetengahkan topik budaya unik seperti tulisan Jawi,adat Melayu,dan cerita inspirasi.
Setiap episod menjadi platform untuk merapatkan jurang kaum dan mempromosikan pemahaman budaya melalui dialog ringan dan muzik budaya khas.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur