2025-12-11 HaiPress

Gambar hiasan/ RTM
KUALA LUMPUR,9 Disember - Ringgit terus kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa,ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini memulakan mesyuarat selama dua harinya.
Pada 6 petang,ringgit hampir tidak berubah pada 4.1105/1165 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan terus bergerak dalam julat kecil antara RM4.1123 hingga RM4.1225 sepanjang hari ini.
Beliau berkata pergerakan itu mencerminkan sikap berhati-hati dalam kalangan pelabur ketika anggota FOMC bermesyuarat untuk membuat keputusan mengenai Kadar Dana Persekutuan.
Kalangan peserta pasaran juga akan memantau Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS) malam ini untuk mendapatkan data dan gambaran lebih jelas mengenai ekonomi AS,katanya.
“Tawaran pekerjaan dijangka menjadi sederhana kepada 7.2 juta pada Oktober berdasarkan jangkaan konsensus,berbanding 7.227 juta pada bulan sebelumnya.
“Secara ringkas,tanda-tanda kelemahan pasaran buruh semakin ketara dan ini memerlukan pengurangan kadar faedah.
“Bagaimanapun,persoalan utama kini adalah sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan cenderung untuk menurunkan lagi kadar faedahnya pada 2026 atau sebaliknya ketika risiko inflasi lebih tinggi boleh mengehadkan kadar pelonggaran dasar monetarinya,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan,ringgit kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4863/4943 daripada 5.4729/4789 ketika ditutup semalam,dan rendah berbanding euro kepada 4.7900/7970 daripada 4.7873/7926.
Bagaimanapun,ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6332/6373 daripada 2.6429/6460.
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1705/1753 daripada 3.1698/1735 pada penutupan Isnin,dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 246.4/246.9 daripada 246.1/246.5.
Unit domestil susut berbanding baht Thailand kepada 12.9172/9413 daripada 12.9006/9204 semalam namun,ringgit sedikit tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.94/6.96 daripada 6.97/6.98. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur