2025-12-11 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,10 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.3 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.92 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,masing-masing bernilai RM1.0 bilion untuk tujuh hari dan 90 hari serta tiga tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan dua tender bernilai RM150 juta,masing-masing untuk 33 hari dan 90 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.3 bilion dan RM25.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur