2025-12-11 HaiPress

Graduan Program Akar PayNet/Start Kohort 2 bersama wakil PayNet dan AWS re/Start pada Majlis Graduasi Kohort 2 yang diadakan pada Rabu/Foto FB PayNet
KUALA LUMPUR,10 Disember - Usaha Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melahirkan tenaga kerja celik digital diterjemah menerusi Program Akar bagi memperkukuh aliran bakat industri kewangan negara.
Ke arah itu Kohort Kedua Graduan Teknologi Awan dilahirkan dan berjaya menamatkan latihan intensif dan bersedia menyertai industri kewangan,sekali gus memenuhi permintaan semasa.
Ketua Pegawai Sumber Manusia PayNet,Shafenaz Farouk berkata,melalui kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS),program berkenaan melibatkan 50 pelajar yang mengikuti latihan selama 14 minggu sebelum memperoleh pensijilan industri dan penempatan dalam sektor perkhidmatan kewangan.
"Dengan graduasi Kohort 2,kita telah membina momentum yang kuat,momentum yang akan terus kita perkukuhkan. Kami kekal komited untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan dalam industri perkhidmatan kewangan.
"Kami juga mengalu-alukan kerjasama daripada semua bank dan institusi kewangan supaya mereka dapat terus memaklumkan kepada kami tentang kemahiran yang mereka perlukan.
"Dengan itu,permintaan industri dapat dipadankan dengan penawaran bakat yang berkualiti. Itulah peranan Program Akar," jelasnya kepada media selepas Majlis Graduasi Kohort 2 Program Akar PayNet di ibu negara.
Program Akar merupakan inisiatif pembangunan kemahiran digital yang menjadi tonggak penting dalam usaha PayNet melahirkan tenaga kerja celik digital bagi memenuhi permintaan semasa industri kewangan Malaysia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur