2025-12-11 HaiPress

Gambar fail
KUALA LUMPUR,10 Disember - Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatatkan momentum meningkat pada Rabu didorong oleh petunjuk positif daripada niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.
Beliau berkata kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca buruk di Thailand turut menjejaskan sentimen.
“Bagaimanapun,kenaikan ini diimbangi oleh petunjuk kurang menggalakkan daripada data ekonomi China yang lemah,” katanya.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada Rabu,didorong oleh yen yang rendah dan kebimbangan mengenai bekalan yang berterusan di negara-negara pengeluar utama.
Pada 3 petang,harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 melonjak 12 sen kepada 730.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik satu sen kepada 577.5 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur