2025-12-11 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,10 Disember - Pasaran buruh Malaysia kekal stabil pada Oktober 2025 dengan kadar pengangguran berada pada paras 3 peratus,melibatkan 518,900 penganggur direkodkan.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,prestasi itu didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak,pertumbuhan guna tenaga yang konsisten serta kadar pengangguran rendah.
“Tenaga buruh terus berkembang 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.58 juta orang,manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal 70.9 peratus,” katanya.
Tambah beliau,bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 17.06 juta orang berbanding 17.03 juta orang pada September 2025.
Pekerja bergaji menyumbang 74.8 peratus daripada jumlah penduduk bekerja,meningkat kepada 12.76 juta orang,manakala bilangan pekerja sendiri naik 0.4 peratus kepada 3.25 juta orang.
Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan berterusan,khususnya dalam aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman,perdagangan borong dan runcit serta maklumat dan komunikasi.
Sektor pertanian,pembuatan,dan pembinaan turut merekodkan pertambahan,manakala sektor perlombongan dan pengkuarian mencatat penurunan.
Beliau menjangkakan prospek pasaran buruh kekal positif dan berdaya tahan,disokong pertumbuhan ekonomi sederhana,pelaburan strategik dan pembangunan modal insan.
"Pasaran buruh Malaysia dijangka kekal kompetitif,inklusif,dan stabil meskipun cabaran global seperti ketidaktentuan perdagangan dan permintaan luaran yang perlahan mungkin memberi tekanan." katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur