2025-12-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Disember - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini,apabila pelabur menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
Kontrak semerta Disember 2025 susut kepada US$4,212.00 setiap auns troy daripada US$4,221.80 pada Selasa,Januari 2025 merosot kepada US$4,227.20 setiap auns troy daripada US$4,237.00,Februari 2026 turun kepada US$4,243.00 setiap auns troy daripada US$4,252.80,dan Mac 2026 berkurang kepada US$4,259.70 setiap auns troy daripada US$4,269.50 sebelumnya.
Kontrak April dan Jun 2026 turut susut kepada US$4,277.70 setiap auns troy daripada US$4,287.50 setiap auns troy pada Selasa.
Jumlah dagangan adalah sifar,berbanding 14 lot semalam,manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 62 kontrak daripada 76 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 9 Dis,2025,harga emas fizikal berada pada US$4,213.39 setiap auns troy. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur