2025-12-11 HaiPress

Foto hiasan/ RTM
KUALA LUMPUR,10 Disember - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) mengenai kadar faedahnya lewat malam ini.
Pada 6 petang,ringgit turun kepada 4.1155/1195 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1165 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dagangan mata wang tempatan berbanding dolar AS bergerak dalam jajaran sempit sepanjang hari ini.
“Walaupun (FOMC) sudah dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas namun,kebimbangan besar kini adalah pada 2026,iaitu sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) cenderung untuk menurunkan lagi kadar itu apabila kesan kenaikan tarif import AS berlaku sepenuhnya tahun depan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.4781/4835 daripada 5.4863/4943 ketika ditutup semalam,dan naik berbanding euro kepada 4.7884/7930 daripada 4.7900/7970.
Unit domestik lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.6240/6267 daripada 2.6332/6373.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1748/1781 daripada 3.1705/1753 ketika ditutup Selasa,dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 246.5/246.9 daripada 246.4/246.9.
Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.9243/9422 daripada 12.9172/9413,dan kurang stabil berbanding peso Filipina kepada 6.95/6.96 daripada 6.94/6.96 semalam. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur