2025-12-11 HaiPress

Wasco Greenergy disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia,hari ini / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember - Penambahan kuota di bawah Skim Tarif Galakan (FiT) membuktikan komitmen kerajaan untuk memacu penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) bukan solar di negara ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wasco Greenergy Bhd,Lee Yee Chong dasar tersebut akan menyokong pertumbuhan syarikatnya,menerusi kuota tambahan 300 MW bagi biogas,biojisim dan penjanaan kuasa hidro kecil yang dijangka beroperasi seawal tahun 2028.
"Ini jelas menunjukkan kerajaan memahami bahawa tenaga biojisim adalah sumber asli yang relevan untuk industri,memandangkan kita memerlukan stim dan mempunyai banyak bahan buangan yang boleh digunakan," katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia,hari ini.
Penyenaraian syarikat pembekal mesin TBB itu merupakan yang terakhir untuk tahun ini,sekali gus mencapai sasaran 60 penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) oleh Bursa Malaysia.
Saham WASCO dibuka pada 95 sen sesaham,lima sen lebih rendah berbanding harga IPO pada RM1 sesaham,dengan lebih 1.73 juta saham diniagakan.
IPO syarikat itu berjaya mengumpulkan dana lebih RM72.6 juta melalui terbitan 150 juta saham baharu.
Separuh daripada dana tersebut akan digunakan untuk pengembangan perniagaan dan menyokong peralihan kepada pemilikan serta pengoperasian loji kuasa stim biojisim.
Baki dana juga akan dimanfaatkan untuk membeli peralatan dan mesin baharu,mengembangkan operasi di Indonesia,mendigitalisasikan sistem serta proses perniagaan,selain menyokong penyelidikan dan pembangunan serta menampung kos berkaitan penyenaraian.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur