2025-12-11 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM40.53 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.48 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.0 bilion,masing-masing selama tujuh hari dan 90 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27.5 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur