2025-12-29 HaiPress

Foto fail/ RTM
KUALA LUMPUR,26 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM36.30 bilion daripada RM36.96 bilion pagi ini,manakala mudah tunai dalam dana Islam menurun kepada RM17.40 bilion daripada RM18.12 bilion.
Terdahulu,bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik.
Pada 4 petang,BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM36.30 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM17.40 bilion,masing-masing bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 24 Dis,2025. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur