2025-12-29 HaiPress

Foto fail/ RTM
KUALA LUMPUR,26 Disember - Ringgit ditutup lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini,tetapi dijangka mengekalkan momentumnya apabila ia cuba melepasi paras 4.03 pada sesi pagi.
Pada 6 petang,mata wang asing menyusut kepada 4.0470/0535 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0515 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berbanding dolar AS meningkat sehingga paras 4.0318 pada sesi pagi tetapi kemudiannya merosot kepada 4.0470 menjelang penutupan.
“Ringgit dijangka terus kekal kukuh kerana ia dilihat cuba menembusi paras RM4.03,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup urus niaga,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7629/7706 daripada 4.7697/7804 ketika ditutup pada Rabu,menokok berbanding pound Britain kepada 5.4570/4657 daripada 5.4647/4768,dan menambah berbanding yen Jepun kepada 2.5866/5909 daripada 2.5940/5999.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0212/0484 daripada 13.0277/0639 sebelumnya,menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.1497/1550 daripada 3.1506/1578,tetapi menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 241.6/242.2 daripada 241.0/241.8,dan berkurang berbanding peso Filipina kepada 6.89/6.90 daripada 6.88/6.90. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur