2025-12-29 HaiPress

Viviantie Sarjuni
KUALA LUMPUR,27 Disember - Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) bakal memperluaskan program bimbingan INSKEN ke pelbagai sektor berpotensi pada 2026,termasuk sektor kreatif,Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),serta teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Viviantie Sarjuni berkata,perluasan itu akan memberi lebih banyak peluang kepada perusahaan kecil,mikro dan sederhana (PKS) sekali gus menyumbang kepada hasil jualan tahunan perniagaan.
"Kami mahu lakukan yang lebih baik dan melepasi angka RM22.4 juta. Program ini akan diteruskan kerana keberkesanannya telah disahkan. Ia sentiasa memberi hasil yang sangat baik setiap tahun dan tiada sebab untuk dihentikan. Cuma yang perlu dilakukan ialah menjadikannya lebih bersasar," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Tambah beliau,INSKEN komited untuk membina lebih banyak jaringan dalam ekosistem keusahawanan,termasuk aspek pengantarabangsaan.
Ini khususnya dalam membolehkan peserta menerima bimbingan dan panduan daripada tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya,seterusnya memberi sumber inspirasi kepada ahli program.
Program keusahawanan di peringkat universiti turut akan diperluaskan bagi menggalakkan lebih ramai usahawan muda menyertai program ini,sekali gus memperkukuh asas pembangunan bakat keusahawanan negara.
Sebelum ini,INSKEN mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025.
Program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu,selain menaik taraf kemahiran peserta dalam dunia keusahawan.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur