2025-12-29 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,27 Disember- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan,berlegar antara 4.03 dan 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),susulan minggu dagangan yang lebih singkat berikutan cuti umum.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi itu dipengaruhi oleh sambutan Tahun Baharu pada Khamis dan ketiadaan pemangkin pasaran yang jelas.
"Besar kemungkinan dolar AS dan Ringgit Malaysia akan terus berlegar dalam jajaran kecil minggu depan,mungkin sekitar 4.03 hingga 4.05,berikutan ketiadaan petunjuk khususnya dari segi data-data baharu," katanya kepada Bernama.
Dalam masa sama,Kenanga Investment Bank Bhd memaklumkan,ringgit masih berdepan kesukaran untuk mengekalkan kedudukan di bawah paras 4.00 berbanding dolar AS,walaupun telah melepasi paras itu buat kali kedua sejak Jun 2018.
"Kami mengekalkan unjuran akhir 2025 pada paras 4.08 berbanding dolar AS sejak Mei,tetapi mendapati terdapat ruang untuk ringgit menutup tahun ini menghampiri paras 4.00 berbanding dolar AS. Tahap ini berkemungkinan menjadi paras rintangan yang kuat," katanya dalam nota penyelidikan.
Tambahnya,pengukuhan dolar AS secara bermusim pada suku pertama 2026,bersama naratif pertumbuhan ekonomi AS yang kekal berdaya tahan,berpotensi mendorong pasangan mata wang itu kembali ke julat sekitar 4.05 hingga 4.10 pada awal tahun hadapan.
Mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur minggu ini,dibuka pada 4.07 sebelum mengukuh kepada 4.0410 pada pagi Jumaat,kemudian susut untuk menutup minggu dagangan pada 4.0470. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur