2025-12-29 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,27 Disember -Pasaran Malaysia dijangka kekal konstruktif menjelang akhir tahun,disokong kecairan domestik dan trend penggunaan yang berdaya tahan,meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade,Kenny Yee berkata,aktiviti pasaran kini menunjukkan minat belian yang diserap secara teratur.
Keadaan itu mencerminkan struktur pasaran yang lebih sihat,dengan pelabur semakin berpandukan asas perniagaan dan kejelasan pendapatan,berbanding pergerakan jangka pendek.
“Menjelang akhir tahun,keadaan pasaran kekal konstruktif namun berdisiplin. Kami melihat penyertaan yang stabil,satu petanda positif kepada kestabilan pasaran secara keseluruhan.
Pengukuhan ringgit turut menjadi pemangkin kukuh untuk menarik semula aliran dana asing,” katanya dalam satu kenyataan.
Rakuten Trade Research memaklumkan,penyertaan institusi domestik terus memainkan peranan sebagai penstabil pasaran.
Ia sekali gus menjadi penampan terhadap turun naik luaran dan mengukuhkan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.
Menurut firma itu,peluang pelaburan kini semakin selektif apabila pasaran menghampiri penghujung tahun.
Namun,saham berwajaran tinggi kekal menjadi tumpuan utama pelabur.
Dalam sektor pengguna,perbelanjaan bermusim sempena musim perayaan dikenal pasti sebagai pemacu penting sehingga akhir tahun dan awal 2026.
Situasi itu dijangka menambah baik keterlihatan pendapatan jangka terdekat bagi syarikat berkaitan penggunaan harian.
Prospek pasaran turut disokong ketibaan pelancong yang stabil serta tekanan kos input yang semakin reda susulan pengukuhan ringgit.
Selain itu,jangkaan bantuan tunai bersasar pada tahun hadapan turut memberi sokongan kepada sentimen pengguna.
Di luar sektor pengguna,saham perbankan terpilih kekal sebagai pegangan teras.
Ia disokong pertumbuhan pinjaman yang stabil,kedudukan kewangan yang kukuh serta pendapatan yang konsisten.
Sektor defensif,khususnya barangan pengguna asas,turut kekal relevan.
Ia sesuai bagi pelabur yang ingin mengurus turun naik pasaran sambil mengekalkan aliran tunai yang mampan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur