2025-12-29 HaiPress

Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Disember- Ringgit meneruskan momentum meningkat pada Isnin,dibuka lebih tinggi untuk sesi ke-12 berturut-turut menjelang minggu dagangan yang singkat kerana cuti umum menjelang Tahun Baharu.
Pada 8 pagi,ringgit melonjak kepada 4.0425/0565 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0535 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,berkata pasaran dijangka bergerak dalam jajaran kecil hari ini memandangkan minggu dagangan yang singkat berikutan musim cuti dengan sambutan tahun baharu pada Khamis ini.
“Oleh itu,kami menjangkakan dolar AS-ringgit akan berada dalam julat RM4.04-RM4.05 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbandin kelompok mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5855/5948 daripada 2.5866/5909 ketika ditutup pada Jumaat,meningkat berbanding euro kepada 4.7592/7757 daripada 4.7629/7706 sebelumnya dan hampir tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.4570/4759 daripada 5.4570/4657 minggu lepas.
Dalam pada itu,mata wang tempatan didagangkan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1474/1588 daripada 3.1497/1550 ketika ditutup pada Jumaat,menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9913/13.0451 daripada 13.0212/0484,melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 241.3/242.4 daripada 241.6/242.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.91 daripada 6.89/6.90 sebelum itu.- BERNAMA
RAN Global Strategy Launch and Senior Manager Recruitment Kickoff Successfully Held in Kuala Lumpur
Websea Lancar Rasmi Penciri Salin Dagang AI OpenClaw “Lobster”, Mulakan Era Enjin Berkembar “AI × Insurans Kontrak”
Masalah kesesakan Jalan Kuchai Maju, NPE bakal berakhir
Evakuasi Asia Barat cerminkan kesiapsiagaan tertinggi Wisma Putra
NIISe percepat pemeriksaan, elak kesesakan
61 koperasi luar bandar Sarawak dibatalkan pendaftaran
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur