2025-12-29 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,28 Disember-Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.3 peratus hingga 4.5 peratus pada 2026.
Ia disokong peningkatan penggunaan isi rumah,aktiviti sektor perkhidmatan serta pembentukan pendapatan domestik yang lebih stabil.
Unjuran itu terkandung dalam laporan Economic Pulse 2026 oleh IPPFA Sdn Bhd (IPPFA).
Menurut laporan berkenaan,pertumbuhan tahun hadapan dipacu oleh dua pemangkin struktur utama iaitu Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Jelas IPPFA,RMK-13 menyediakan rangka hala tuju jangka sederhana negara dengan penekanan kepada pembangunan infrastruktur digital,peningkatan keupayaan industri serta agenda peralihan hijau.
Manakala VM2026 dijangka memberi rangsangan segera kepada sektor perkhidmatan,khususnya pelancongan,perdagangan runcit dan penggunaan domestik.
“Salah satu pemacu utama pertumbuhan ialah VM2026,yang dianggarkan mampu menyuntik antara RM13 bilion hingga RM21 bilion ke dalam penggunaan swasta.
Ia bersamaan peningkatan antara 1.0 hingga 1.7 peratus dalam kuasa perbelanjaan agregat isi rumah,dengan kesan limpahan melangkaui sektor pelancongan kepada runcit,pengangkutan,perkhidmatan makanan dan aktiviti domestik lain,” menurut IPPFA dalam satu kenyataan.
IPPFA menjelaskan,kesan pendapatan tersebut dijangka bersifat menyeluruh dan memberi manfaat kepada pekerja sektor perkhidmatan serta perusahaan kecil tempatan,tanpa tertumpu kepada kumpulan tertentu.
Selain itu,corak penggunaan turut menunjukkan peningkatan kualitatif,disokong pertumbuhan pendapatan berulang serta pasaran buruh yang lebih stabil.
Menurut laporan itu,kuasa beli sebenar isi rumah juga semakin kukuh dengan inflasi sederhana menghampiri 2 peratus,sekali gus mengurangkan pendedahan kepada kejutan kadar faedah dan pendapatan.
Keadaan ini dijangka menyumbang kepada aktiviti perdagangan borong dan runcit yang lebih stabil serta mudah diramal sepanjang 2026.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur