2025-12-29 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Disember – Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut,melibatkan dana berjumlah RM639.5 juta.
Sebaliknya,pelabur runcit tempatan mencatatkan aliran jualan bersih bagi minggu keempat berturut-turut dengan aliran keluar bersih sebanyak RM90.2 juta.
Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB),pelabur asing pula meneruskan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut,melibatkan jumlah bersih sebanyak RM549.3 juta.
"Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih pada minggu lepas ialah produk perindustrian dan perkhidmatan (RM23.4 juta),telekomunikasi dan media (RM13.3 juta) dan tenaga (RM3.4 juta).
"Manakala,tiga sektor utama dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM169.7 juta),produk dan perkhidmatan pengguna (RM96.2 juta),dan utiliti (RM90.6 juta)," jelas MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana Mingguannya.
MBSB turut melaporkan bahawa jumlah dagangan harian purata (ADTV) mencatat penurunan menyeluruh,dengan dagangan pelabur runcit tempatan menurun 12.2 peratus,diikuti institusi tempatan sebanyak 26.6 peratus dan pelabur asing sebanyak 39.7 peratus.
Dari segi serantau,berdasarkan lapan pasaran Asia yang dipantau MBSB,pelabur asing kembali membeli ekuiti Asia dengan aliran masuk bersih sebanyak AS$4.24 bilion,sekali gus mencatat aliran masuk terbesar sejak awal September.
Menurut laporan itu,India dan Filipina mencatatkan aliran keluar,manakala aliran masuk tertinggi direkodkan oleh Korea Selatan,diikuti Taiwan,Indonesia,Vietnam dan Thailand.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur