2026-03-04 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Hanifah Hajar Taib / BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Mac – Kerja-kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Roban dan Nyabor di Saratok,Sarawak bawah inisiatif Bitara MADANI: Pembaikan Klinik Daif 2025 telah siap sepenuhnya pada Disember lepas dan kedua-duanya mula beroperasi bulan lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,kapasiti perkhidmatan sedia ada ketika ini adalah mencukupi,namun penambahan perjawatan atau fasiliti baharu seperti perkhidmatan dialisis dan parkir akan dipertimbang mengikut keperluan semasa.
“Pertambahan seperti dialisis dan tempat letak kereta adalah antara perkara yang harus kita lihat juga. Untuk perancangan pembinaan klinik baru pula,kami perlu menilai potensi tapak yang bersesuaian. Insya-Allah,cadangan ini akan dikemukakan dalam projek hujung RMK ke-13 di bawah RMP 4 atau 5,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Tuan Pele Peter Tinggom berhubung status terkini setakat Februari 2026 bagi kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Roban dan Nyabor di Dewan Negara hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur