2026-03-11 HaiPress

Sistem NIIse bersama aplikasi MyNIISe bakal digunakan di seluruh pintu masuk negara.
PUTRAJAYA 11 Mac – Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bersama aplikasi MyNIISe bakal digunakan di semua pintu masuk negara secara berperingkat bagi mempercepatkan pemeriksaan imigresen dan mengurangkan kesesakan di sempadan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Ainah lagi,fasa kedua pula melibatkan ujian operasi penuh sistem NIISe bermula bulan ini hingga 31 Mei 2026 di tiga lokasi mewakili pintu masuk udara,darat dan laut.
Ujian itu dilaksanakan di Lapangan Terbang Senai dan Terminal Puteri Harbour di Johor serta Bukit Bunga di Kelantan bagi memastikan sistem berkenaan berfungsi secara stabil dalam persekitaran operasi yang berbeza.
“Malaysia mempunyai 110 pintu masuk imigresen,dan pelaksanaan penuh sistem NIISe akan dilakukan secara berperingkat bermula 1 September 2026 hingga 18 Oktober 2029.
“Dalam tempoh itu,sebanyak 67 pintu masuk akan dilaksanakan terlebih dahulu,diikuti baki 35 pintu masuk sehingga semua pintu masuk negara menggunakan sistem berkenaan sepenuhnya,” katanya.
Justeru,beliau menasihatkan pengguna supaya memuat turun dan menyediakan aplikasi MyNIISe lebih awal sebelum tiba di pintu masuk negara bagi memastikan proses pemeriksaan berjalan lebih lancar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur