2026-03-19 HaiPress

Foto AFP
JAKARTA,18 Mac – Indonesia memberi jaminan bahawa bekalan tenaganya kekal stabil,mencukupi dan terkawal tanpa sebarang gangguan dijangka berlaku sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri,meskipun berdepan ketidaktentuan global dan keadaan semasa di Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Bagi tempoh perayaan,tiada masalah. Bekalan arang batu untuk Perusahaan Listrik Negara (PLN) juga dikekalkan sekitar 14 hingga 15 hari,yang merupakan piawaian minimum nasional kami,” katanya.
Bahlil turut menolak kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan harga bahan api bersubsidi dalam tempoh terdekat,sambil menegaskan bahawa Indonesia mengguna pakai mekanisme dan dasar harga tersendiri yang berbeza dari negara lain.
Menteri itu berkata subsidi bahan api akan kekal di bawah kawalan kerajaan sekurang-kurangnya sehingga selepas tempoh Aidilfitri,dengan kestabilan harga dijangka dikekalkan melangkaui tempoh itu selagi harga minyak global berada pada tahap yang boleh diurus di bawah belanjawan negara.
Menurut beliau,kerajaan akan terus melindungi kuasa beli rakyat dan mengekalkan kestabilan harga di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur