2026-03-19 HaiPress

Loji pengeluaran gas asli cecair (LNG) QatarEnergy di Bandar Perindustrian Ras Laffan,Qatar/Foto REUTERS
DOHA,19 Mac – QatarEnergy melaporkan serangan peluru berpandu pada petang Rabu ke atas Bandar Perindustrian Ras Laffan,tapak utama pengeluaran gas asli cecair (LNG) Qatar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Doha menyatakan bahawa walaupun ia berkecuali dalam konflik itu dan komited untuk mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan,Iran terus menyasarkan Qatar dan negara jiran “secara tidak bertanggungjawab yang menjejaskan keselamatan serantau serta mengancam keamanan antarabangsa.”
Qatar menegaskan bahawa ia telah berulang kali menyeru supaya serangan terhadap kemudahan awam dan tenaga dielakkan,termasuk di dalam Iran,“bagi memelihara sumber rakyat di rantau ini serta mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.”
“Iran bagaimanapun terus melaksanakan dasar peningkatan ketegangan yang mendorong rantau ini ke ambang krisis serta mengheret negara yang tidak terlibat secara langsung dalam krisis ini ke dalam konflik,” katanya.
Serangan Iran ke atas loji Ras Laffan itu “merupakan pelanggaran terhadap Resolusi Majlis Keselamatan 2817,” menurut kementerian itu,sambil memperbaharui seruannya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya menegakkan tanggungjawabnya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta “mengambil langkah perlu untuk menghentikan pelanggaran serius ini dan menghalang pihak yang bertanggungjawab.”
Qatar menegaskan bahawa “ia berhak untuk bertindak balas selaras dengan Perkara 51 Piagam PBB serta hak mempertahankan diri yang dijamin undang-undang antarabangsa.”
Qatar “tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua langkah perlu bagi melindungi kedaulatan,keselamatan serta keselamatan rakyat dan penduduknya,” menurut kementerian itu.
Serangan pada Rabu itu berlaku beberapa jam selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel mengenai tangki simpanan gas di medan South Pars di bandar selatan Iran,Asaluyeh,sehingga menghentikan pengeluaran di dua kilang penapisan dengan kapasiti gabungan kira-kira 100 juta meter padu sehari.
Sementara itu,Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan.
Albudaiwi berkata serangan itu merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta peningkatan ketegangan yang tidak boleh diterima dan mengancam keselamatan serta kestabilan serantau,lapor Anadolu Ajansi.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan menyasarkan infrastruktur minyak dan tenaga tidak boleh diterima serta menjadi ancaman langsung kepada bekalan tenaga serantau dan global.
Albudaiwi turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak menghentikan apa yang disifatkannya sebagai serangan berulang Iran yang menjejaskan keamanan serantau dan antarabangsa.
Beliau turut menegaskan solidariti penuh GCC terhadap Qatar serta sokongan terhadap semua langkah yang diambil bagi melindungi keselamatan dan kedaulatan negara itu.
— BERNAMA-ANADOLU
RAN Global Strategy Launch and Senior Manager Recruitment Kickoff Successfully Held in Kuala Lumpur
Websea Lancar Rasmi Penciri Salin Dagang AI OpenClaw “Lobster”, Mulakan Era Enjin Berkembar “AI × Insurans Kontrak”
Masalah kesesakan Jalan Kuchai Maju, NPE bakal berakhir
Evakuasi Asia Barat cerminkan kesiapsiagaan tertinggi Wisma Putra
NIISe percepat pemeriksaan, elak kesesakan
61 koperasi luar bandar Sarawak dibatalkan pendaftaran
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur