2026-03-19 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mac – Semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah diarahkan untuk memantau prestasi rangkaian secara berterusan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kekal stabil sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,sebanyak 21 penyelesaian sementara seperti Portable Base Transceiver Station (PBTS),Cellular on Wheel (CoW),Mobile Base Transceiver Station (MBTS) dan Mobile Communications Vehicle (MCV) turut digerakkan bagi menambah sokongan liputan di kawasan tumpuan.
Usaha berkenaan memberi tumpuan kepada lokasi yang dijangka mengalami peningkatan trafik komunikasi tinggi seperti lebuh raya utama,kawasan Rehat dan Rawat (R&R),hentian sebelah serta destinasi pelancongan.
MCMC turut memaklumkan akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras dan pemantau melalui pejabat negeri,termasuk melaksanakan pemantauan lapangan secara responsif di lokasi kritikal.
Orang ramai disaran menghubungi telco masing-masing atau menyalurkan aduan melalui portal rasmi MCMC bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil dengan cepat dan berkesan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur