2026-03-19 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,19 Mac – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengutamakan kesiapsiagaan operasi pengurusan risiko banjir bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan keselamatan rakyat terus terjamin menjelang perayaan Aidilfitri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebanyak 614 siren amaran banjir turut dipasang di lokasi strategik di seluruh negara bersama 197 kamera pemantauan bagi membantu pemantauan situasi semasa,dengan 675 pengaktifan siren direkodkan setakat 16 Mac lepas sebagai langkah amaran awal kepada penduduk di kawasan berisiko.
PETRA turut memaklumkan sebanyak 3,682 lokasi hotspot banjir dikenal pasti di seluruh negara berdasarkan rekod kejadian sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga tahun,dengan Pahang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 760 lokasi,diikuti Kelantan (618) dan Sabah (517).
Menurut kenyataan itu,sebanyak 606 pam mudah alih pelbagai kapasiti,1,079 pintu kawalan air serta 285 rumah pam berada dalam keadaan baik dan bersedia digunakan sekiranya diperlukan.
Pemantauan turut dilaksanakan terhadap 16 empangan kendalian JPS,761 kolam takungan banjir serta kerja penyelenggaraan berjadual di lembangan sungai berisiko tinggi.
Dalam pada itu,kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telekomunikasi dilaksanakan bagi menyalurkan hebahan amaran banjir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penduduk di kawasan berisiko.
Orang awam disaran mengikuti maklumat ramalan dan amaran banjir yang dikeluarkan secara rasmi oleh JPS melalui laman web Public Infobanjir serta aplikasi MyPublicInfoBanjir.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur