2026-03-19 HaiPress

Jemaah haji melakukan ibadah melontar di tiga jamrah di Mina/Foto REUTERS
IPOH,19 Mac – Keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kos menunaikan ibadah haji pada kadar RM33,300 bagi musim 1447 Hijrah/2026 Masihi disambut baik masyarakat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Tiga tahun berturut-turut kekal pada kadar yang masih boleh ditanggung,jadi orang biasa masih boleh menunaikan impian ke Mekah,” katanya.
Sementara itu,peniaga,Ismed Junaidi menyifatkan langkah tersebut sebagai wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
“Ekonomi sekarang kurang baik,jadi bila kos tak naik,ia membantu dan masih boleh ditanggung,” katanya.
Semalam,Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah/2026 Masihi kekal pada kadar RM33,300.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan harga bahan api,namun kos tersebut masih dapat dikawal menerusi perjanjian bersama syarikat penerbangan terlibat.
Penerbangan pertama jemaah dijadualkan bermula 18 April ini,manakala kos bagi musim akan datang akan disemak semula sekiranya berlaku perubahan ketara termasuk kesan konflik di Asia Barat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur