2026-03-20 HaiPress

Wartawan RT mengelak peluru berpandu ketika membuat liputan /Foto RT
BEIRUT,19 Mac – Seorang wartawan dan jurukamera stesen televisyen dari Rusia cedera selepas terkena serangan udara ketika membuat liputan di selatan Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Memandangkan pembunuhan 200 wartawan di Gaza,peristiwa hari ini tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang tidak disengajakan,” kata jurucakapnya,Maria Zakharova.
Kedutaan Rusia di Lubnan turut mengutuk serangan terhadap pengamal media dan menggesa siasatan dilakukan.

Letupan peluru berpandu Zionis jelas menyasarkan wartawan yang sedang bertugas /Foto RT
Sementara itu,tentera rejim Israel seperti kelaziman memberi alasan tidak masuk akal kononnya menyasarkan lintasan di Sungai Litani yang didakwa digunakan oleh Hizbullah untuk pergerakan dan pemindahan senjata.
Menurut kenyataan itu,amaran awal telah dikeluarkan kepada kawasan berkenaan sebelum serangan dilancarkan.
Dalam pada itu,laporan antarabangsa sebelum ini menyatakan jumlah kematian wartawan di seluruh dunia terus meningkat akibat pelbagai konflik.
Bulan lalu,Jawatankuasa Perlindungan Wartawan memaklumkan seramai 129 wartawan dan petugas media terbunuh di seluruh dunia pada tahun 2025,dengan Israel menjadi punca dua pertiga daripada kematian tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur