2026-03-23 HaiPress

Foto BERNAMA
JAKARTA,23 Mac- Indonesia tidak akan mengorbankan kepentingan nasional dalam usaha memeterai perjanjian perdagangan,kata Presiden Prabowo Subianto ketika mempertahankan perjanjian negara itu dengan Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata Indonesia juga berpotensi meraih manfaat daripada perjanjian itu apabila sebanyak 1,819 komoditi strategik negara,termasuk kopi dan minyak sawit,dikenakan tarif sifar peratus.
“Dalam perjanjian ini,terdapat 1,819 komoditi kita dengan tarif sifar peratus. Sudah tentu ini bermanfaat,” katanya.
Mengenai pelaburan,Prabowo menegaskan bahawa Indonesia kekal terbuka kepada kerjasama dengan Amerika Syarikat,namun menekankan bahawa semua pelaburan mesti mematuhi peraturan nasional,khususnya dalam pengurusan sumber asli. Beliau menambah bahawa harga pasaran antarabangsa mesti diguna pakai dalam pengurusan mineral kritikal,dengan penyertaan pihak asing dibenarkan selagi peruntukan kerajaan dipatuhi.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur