2026-03-23 HaiPress

Foto REUTERS
ISTANBUL,23 Mac- Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut manakala 1,510 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel,kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA,Mohammad-Reza Zafarghandi berkata kira-kira 300 pusat kesihatan,perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Feb lepas.
Selain itu beliau menambah,kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat lagi digunakan.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas,yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang,termasuk Pemimpin Agung ketika itu,Ali Khamenei.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur