2026-03-24 HaiPress

Orang ramai di Ahmedabad,India beratur untuk mengisi petrol susulan kebimbangan gangguan bekalan walaupun pihak berkuasa menegaskan tiada kekurangan bahan api di tengah konflik berterusan Asia Barat/ REUTERS
AHMEDABAD,23 Mac – Barisan panjang kenderaan dilaporkan di stesen minyak di bandar Ahmedabad,India,susulan kebimbangan gangguan bekalan bahan api di tengah konflik Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi mengurangkan tekanan bekalan,penapis minyak India dilaporkan meningkatkan pembelian minyak mentah dari Rusia selepas sekatan terhadap negara itu dilonggarkan.
Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna terhadap kestabilan bekalan tenaga di negara tersebut.

Kenderaan beratur di sebuah stesen minyak di Beijing,China menjelang kenaikan harga bahan api yang diumumkan di tengah konflik Asia Barat/ REUTERS
Dalam pada itu,penduduk di Beijing,China dilaporkan turut beratur panjang di stesen minyak pada Isnin,bagi mengisi bahan api sebelum kenaikan harga runcit berkuat kuasa tengah malam.
Langkah itu susulan pengumuman Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara untuk menaikkan harga maksimum petrol sebanyak 1,160 yuan dan diesel 1,115 yuan bagi setiap tan metrik.
Kenaikan tersebut merupakan pelarasan kedua sejak konflik melibatkan Iran yang menyebabkan harga minyak global kekal tinggi dan pasaran kewangan tidak menentu.
Ketika ini,harga petrol di Beijing dilaporkan sekitar 9,510 yuan bagi setiap tan metrik,dengan sistem harga runcit di China dibenarkan berubah dalam julat siling dan lantai yang ditetapkan kerajaan.
Pihak berkuasa China menyemak harga bahan api setiap 10 hari bekerja berdasarkan perubahan harga minyak mentah global serta mengambil kira kos pemprosesan,cukai dan pengedaran. -REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur