2026-03-24 HaiPress

Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Mac — Cadangan bekerja dari rumah (BDR) wajar dipertimbangkan sebagai langkah penjimatan bahan api dan kos pengangkutan,selari pendekatan beberapa negara jiran termasuk Indonesia dan Myanmar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam masa sama,beliau berkata pelaksanaan dasar itu perlu mengambil kira kemampuan syarikat termasuk perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS),yang mungkin berdepan cabaran dari segi pemantauan produktiviti dan disiplin pekerja.
“Teknologi sedia ada boleh dimanfaatkan majikan bagi memantau prestasi pekerja walaupun bekerja dari rumah,” katanya.
Walaupun bekalan bahan api negara masih mencukupi dalam tempoh terdekat,beliau berpandangan langkah penjimatan kekal relevan sebagai strategi jangka sederhana.
Katanya,BDR bukan sahaja mampu mengurangkan kos logistik dan pengangkutan,malah memberi ruang kepada rakyat serta perniagaan mengurus perbelanjaan dengan lebih efisien tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi.
“Apa yang penting,segala aktiviti ekonomi perlu diteruskan agar ekonomi negara kekal mampan dan berkembang dengan baik,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur