2026-03-26 HaiPress

Foto REUTERS
MOSCOW,25 Mac – Penghantaran pertama minyak mentah Rusia dalam tempoh lima tahun tiba di Filipina susulan laporan rundingan antara Kerajaan Filipina dan pembekal Rusia,menurut akhbar The Philippine Star,lapor Sputnik / RIA Novosti.
RINGKASAN BERITA AI
−
Iran kemudian bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel serta kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat di Asia Barat.
Peningkatan konflik melibatkan Iran menyebabkan gangguan besar terhadap laluan di Selat Hormuz,iaitu laluan utama penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global,sekali gus menjejaskan eksport dan pengeluaran minyak di rantau itu.
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada 23 Mac mengarahkan penubuhan jawatankuasa krisis bagi memastikan bekalan minyak stabil dan sehari kemudian mengisytiharkan darurat dalam sektor tenaga.
Negara itu juga memohon pengecualian daripada Amerika Syarikat bagi membolehkannya membeli minyak daripada negara yang dikenakan sekatan.-BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur