2026-03-26 HaiPress

Foto REUTERS
MANILA,25 Mac – Presiden Filipina,Ferdinand Marcos Jr. menandatangani undang-undang Akta Republik 12316 pada Rabu yang memberikan kuasa darurat kepada pihak eksekutif untuk menggantung atau mengurangkan cukai eksais ke atas produk petroleum secara sementara susulan kenaikan harga minyak global akibat konflik di Asia Barat,lapor Agensi Berita Filipina.
RINGKASAN BERITA AI
−
Biro Hasil Dalam Negeri serta Jabatan Kastam juga diarahkan menyediakan kemas kini bulanan bagi tujuan pengiraan cukai nilai tambah (VAT).
Akta ini turut mewajibkan Presiden mengemukakan laporan kepada kedua-dua dewan Kongres yang memperincikan asas fakta dan objektif dasar bagi penggantungan atau pengurangan cukai,anggaran hasil yang terlepas,manfaat sosial yang dijangka serta kesan terhadap inflasi,harga bahan api dan ekonomi secara keseluruhan.
Sebelum ini,Marcos menyatakan pihak eksekutif perlu menilai “masa paling sesuai untuk menggunakan kuasa baharu ini,” dengan mengambil kira syarat dalam undang-undang itu.
Langkah ini dibuat ketika harga minyak global meningkat,susulan pengisytiharan darurat tenaga negara baru-baru ini bagi membolehkan campur tangan kerajaan dilakukan dengan lebih pantas dalam aspek bekalan dan harga.
Pegawai berkata undang-undang ini akan memberi lebih banyak alat kepada pihak berkuasa untuk menstabilkan harga bahan api domestik serta mengurangkan tekanan inflasi ke atas isi rumah dan perniagaan.-BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur